Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Rabu, 03 Juni 2009


Pemimpin Akatsuki

Status keahlian: Pemimpin yang masih aktif Pasangan: Tiada atau belum diperkenalkan Kemunculan pertama: Bab 327 Ciri-ciri: Mempunyai tindikan atau 'tattoo' di pangkal hidungnya. Pemimpin organisasi Akatsuki ialah seorang individu yang misteri. Tiada ahli yang memanggilnya dengan nama sebenarnya tetapi menggelarnya 'ketua'. Wajahnya juga jarang-jarang ditunjukkan. Dia sangat dihormati oleh ahli-ahli Akatsuki (Hidan, seorang ahli baru, adalah satu kekecualian) dan merupakan orang yang memberi arahan kepada tindak-tanduk Akatsuki yang seterusnya. Dia memulakan dan menyelia jurus yang digunakan untuk mencabut semangat syaitan berekor daripada perumahnya. Dia juga boleh mereplikasi orang bawahannya dengan menggunakan korban manusia bagi membolehkan ahli-ahli Akatsuki bertempur tanpa menanggung apa-apa risiko kecederaan. Seandainya dia ingin berkomunikasi dengan ahli-ahli lain, dia boleh berbuat demikian melalui telepati.Pemimpin Akatsuki sehingga kini masih belum dinamakan. Tetapi, halaman pertama bab 317 memaparkannya dengan rambut merah dan pangkal hidung yang telah ditindik atau ditandakan dengan 'tattoo'. Dia juga sedang duduk di atas patung yang pelik yang ditembusi banyak saluran serta tiub sambil berkata, "Hidan dan Kakuzu selalu menimbulkan masalah." Patung tersebut bertempat di sebuah bandar yang kelihatan jauh lebih moden daripada yang ditunjukkan dalam siri Naruto.Pemimpin Akatsuki mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai kampung dan keadaan politik serta ekonomi negara-negara besar. Semasa Hidan merujuk ninja Konoha sebagai 'manusia tidak bertuhan', ketuanya memberi penerangan pendek tentang 'Semangat Api Konoha' dan kemudiannya menjelaskan bahawa setiap negara mempunyai amalan yang sama dalam pertarungan mereka.