Hidan
Umur : Tidak diketahui Asal : Tidak diketahui /// Dia dan Kakuzu berpartner dan mencari Bijuu bersama-sama. Mereka juga mengumpulkan uang dengan membunuh dan menyerahkan mayat ninja dengan bounty yang tinggi. Hubungannya dengan Kakuzu tidak begitu baik. Ia adalah seorang penganut agama bernama 'Jashin' yang mewajibkannya untuk membantai.dia disebut juga 'GRIM REAPER'karena dia membawa sabit besar/SCYTHE. Tubuhnya abadi namun memiliki kelemahan, yaitu apabila kepalanya dirusak. Dia yang membunuh Asuma Sarutobi, guru dari Ino, Shikamaru, dan Chouji.Merupakan ninja buruan dari sebuah kampung yang tidak diketahui dan ahli kedua terbaru (Tobi ialah ahli terbaru). Tidak seperti ahli-ahli Akatsuki yang lain, Hidan tidak berapa menghormati ketuanya. Dia berpasangan dengan Kakuzu walaupun mereka berdua saling membenci. Kakuzu tidak mempunyai kesabaran terhadap gaya berlawan, agama dan percakapan Hidan kerana mengambil masa yang terlalu panjang. Hidan pula tidak menyukai cita-cita Kakuzu yang berlawan demi wang.Hidan menganuti agama Jashin, suatu agama yang menyembah Tuhan Jashin dan menggalakkan pembunuhan. Oleh sebab itu, Hidan tidak suka melepaskan mangsa buruannya hidup-hidup dan selalu bersembahyang sebelum memulakan pertarungan yang tidak membenarkannya membunuh. Apabila sesuatu pertarungan bermula, Hidan tidak suka dipaksa berhenti atau diganggu. Selepas pertarungan, jika dia mempunyai masa, dia akan menjalankan suatu sesi setengah jam; Hidan akan menikam dadanya dan berbaring di atas tanah.Hidan tidak boleh mati. Dia masih boleh hidup walaupun telah ditikam beberapa kali di bahagian penting dan dipancung kepalanya. Anggota badan yang terpisah daripada badan asalnya harus dicantumkan semula untuk membolehkan Hidan menguasai anggota tersebut. Keupayaan Hidan menyebabkannya diletakkan sepasukan dengan Kakuzu yang telah membunuh semua pasangannya kerana perasaan marah. Oleh sebab Hidan tidak boleh mati, Kakuzu boleh menyerang pihak lawan dengan apa-apa cara tanpa perlu merisaukan keselamatan Hidan. Walaupun Hidan tidak boleh mati, dia telah beberapa kali melahirkan hasrat agar pihak lawan terkini mampu membunuhnya.Hidan menggunakan sejenis sabit tiga bilah sebagai senjata dalam pertempuran. Sabit ini boleh dilontar dan dikawal pada seutas tali yang dililitkan pada pergelangan tangannya. Walaupun dia mampu mencederakan shinobi yang handal dengan senjata ini, Hidan mengakui dirinya sebagai ahli Akatsuki yang paling lambat untuk memulakan serangan. Tiga bilah sabit pada senjatanya bukan bertujuan untuk mencederakan pihak lawan dengan lebih teruk tetapi untuk meninggikan peluang memperoleh darah pihak lawan. Jika sabit ini tidak dapat digunakan, Hidan boleh menukarkan bentuk senjatanya kepada sebatang lembing.Dalam pertarungan, apabila Hidan berjaya memperoleh dan kemudiannya meneguk darah pihak lawan, Hidan akan melukis simbol azimatnya pada tanah dengan darah sendiri. Selepas itu, Hidan memasuki simbol tersebut dan bertukar rupa; hampir kesemua kulitnya menjadi hitam dan garisan putih muncul pada kedudukan tulang-tulangnya. Apabila transformasi ini lengkap, Hidan dan pihak lawannya membentuk satu 'rangkaian' dan segala kecederaan yang berlaku atas Hidan akan turut menjejaskan pihak lawannya. Biasanya, Hidan membunuh mangsanya dengan menikam dirinya di dada dengan sebilah lembing. Bagi menjamin keberkesanan teknik ini, Hidan perlu sentiasa berada di dalam lingkungan simbolnya. Jika dia beralih kedudukan, rangkaian antara Hidan dengan mangsanya akan putus. Tetapi, dia boleh kembali ke dalam simbol azimatnya untuk menyambung semula rangkaian tersebut
0 Comments:
Post a Comment