Kakuzu
Umur : tidak diketahui Asal : Takigakure Orang berpenampilan aneh, cepat naik darah dan kaku. Dia berperan sebagai pencari dana bagi Akatsuki. Dia melakukan apa saja untuk mencari uang dan sering memprioritaskan uang diatas segalanya. Lebih analitikal daripada Hidan.Dia memiliki 5 nyawa termasuk nyawa miliknya sendiri. Menguasai semua elemen dasar kecuali air. Kejahatan yang telah dilakukannya adalah membunuh Hokage pertama.Kakuzu ialah ninja buruan dari Kampung Air Terjun. Dia sepasukan dengan Hidan walaupun mereka berdua tidak menyenangi kehadiran masing-masing. Kakuzu tidak mempunyai kesabaran terhadap gaya berlawan dan percakapan Hidan yang mengambil masa terlalu panjang manakala Hidan pula tidak suka sikap Kakuzu yang berlawan demi wang. Walaupun begitu, mereka berdua saling melengkapi dan membentuk pasukan yang amat kuat. Kakuzu merupakan salah satu watak yang paling lanjut usianya kerana dia mendakwa pernah bertempur dengan Hokage Pertama.Kakuzu adalah seorang individu yang tamak. Kakuzu paling suka memburu orang yang dikehendaki untuk memperoleh ganjarannya sambil melaksanakan misi-misi lain. Malah, Kakuzu telah pun menghafal maklumat tentang orang yang dikehendaki yang tinggi harganya. Pandangannya terhadap wang menyebabkan Kakuzu menggelar dirinya sebagai 'Bendahari Akatsuki'. Kakuzu juga merupakan seorang yang panas baran dan selalu membunuh orang di sekitarnya apabila marah. Oleh sebab banyak ahli Akatsuki yang berpasangan dengan Kakuzu telah mati dibunuh olehnya, Hidan yang tidak boleh mati akhirnya menjadi pasangan Kakuzu. Dengan ini, Kakuzu boleh menyerang Hidan tanpa perlu bimbang akan keselamatan Hidan.Namun demikian, Kakuzu bersikap lebih berwaspada daripada Hidan dan sering menasihati Hidan agar tidak terlalu leka. Kakuzu juga lebih menurut perintah; dia mematuhi arahan Ketua Akatsuki untuk berhenti menyerang dan mendesak Hidan agar berbuat demikian walaupun tindakan ini akan menyebabkan Kakuzu kehilangan wang ganjaran yang banyak.Kakuzu mempunyai badan yang unik yang terdiri daripada benang hitam. Kakuzu boleh meleraikan benang ini untuk melontar mana-mana anggota badannya bagi tujuan serangan jarak jauh. Benang-benang ini juga boleh digunakan untuk menyerang dan mampu menikam badan seseorang dengan mudahnya. Bilangan benang di dalam badan Kakuzu juga tidak terhad; Kakuzu dapat menggunakannya untuk menggandakan saiz badannya. Selain itu, Kakuzu boleh menggunakan benang tersebut untuk menghubungkan semula anggota yang terpisah kepada badan asalnya. Kebolehan ini amat berguna terutama sekali kepada Hidan; Hidan masih boleh hidup walaupun anggota badannya dipancung. Maka, Kakuzu hanya perlu menyambungkan semula anggota tersebut kepada badan asal Hidan dengan benangnya.Benang Kakuzu juga membenarkannya mengintegrasi organ asing ke dalam sistemnya. Dengan ini, jangka hayatnya dapat dipanjangkan. Kakuzu menggunakan jantung bagi mencapai tujuan tersebut dan menyimpan empat jantung tambahan. Jantung-jantung ini disimpan di belakangnya dengan topeng haiwan dijahit
0 Comments:
Post a Comment